I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 27, 2011

kAwAn bAiK atAu kaWAn yAng bAik,,

Assalamualaikum semua.

Kawan baik dan kawan yang baik, apa bezanya?
Banyak bezanya. Yang sama kedua-duanya adalah manusia except of kalau korang ni jenis yang berkawan dengan haiwan la kan.


Kawan baik ni....
Kawan yang rapat dengan kita. Di mana ada dia di situ ada kita. Kadang-kadang tu kalau ada orang nak jumpa kita, mesti dia ada kan belakang. Menyibuk je la kau ni...
Kawan baik jugak tak semestinya baik. Kadang-kadang terlalu baik pun ada (kononnya baik la sangat!!!!). Ada yang jahat. Yella kan orang jahat mesti ada kawan baik diorang, geng-geng diorang. Jarang la kan kalau perompak nak berkawan baik dengan peserta Imam Muda. 
Boleh kata kawan baik ni orang yang rapat la, "always together2 with us".


Kawan yang baik pulak....

Macam saya. Alamak perasan nye kau. Kau ingat kau baik sangat?
Heheheh... Gurau jer..
Kawan yang baik ni memang baik la. Suka tolong kita. Ehhh, bukan suka tolong tapi dia ni jenis yang boleh mintak tolong la mase kita susah. Baik.  Senang citer. Ala macam skema-skema sikit tu. 
Ok la tu skema. Salah ke jadi skema?

Kesimpulannya, dalam hidup kita ni dua-dua orang tu mesti ada sebagai pelengkap perjalanan kehidupan di atas muka bumi ni. 

Saturday, July 16, 2011

oRaNg yAng kiTA saYaNg

selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita dalam keadaan teruji. Selalunya orang yang kita sayang,suka membuatkan kita terkeliru. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terluka.
Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan kita terkilan. Selalunya orang yang kita sayang, suka membuatkan tahap kesabaran kita menipis.
Dan selalunya orang yang kita sayang, suka hadir bila memerlukan dan pergi tanpa meninggalkan pesan

Thursday, July 14, 2011

BILA KITA SAYANG ORANG TU


BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TERIMA JE APA YANG ORANG TU KATA
TAPI BILA DIA KATA KITA?
HATI KATA TAKPE SEMUA MANUSIA TAK SEMPURNA

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TUNGGU DIA LAMA PUN TAK PE
TAPI BILA DIA TUNGGU KITA??? DIA MARAH2
HATI KATA ALA ADATLAH ADA YANG MENUNGGU DAN DITUNGGU..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TAK TIDO PUN TAK PE JANJI LAYAN DIA YANG TENGAH BOSAN,
TP BILA KITA BOSAN ADA DIA LAYAN KITA???
HATI KATA TAK PE DIA BUSY KOT..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA GADUH DENGAN DIA, KITA DIAM JE
TAPI DIA HEBOH 1 DUNIA
HATI KATE TAK PE, DIA TENSION TUU..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA CALL NAK CAKAP DENGAN DIA
TAPI DIA GAYUT DENGAN ORANG LAIN..
BILA JADI CAMTU,
HATI KATA TAK PE, DIA ADA HAL NAK CAKAP DENGAN KAWAN DIA..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA BERCERITA DENGAN DIA, CERITA DENGAN TUNGGUL LAGI BAIK
TAPI BILA DIA BERCERITA DENGAN KITA..
KITA DENGAR,
TAKPELAH, TAKKAN DIA ASYIK NAK BUAT SEMUA BENDA UNTUK KITA..

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA TAK SANGGUP TENGOK DIA DERITA
TAPI DIA TAK PERNAH HARGAI DIRI KITA,
HATI KATA, TAU TAK BETAPA KITA SAYANGKAN DIA?

BILA KITA SAYANG ORANG TU
KITA SANGGUP TINGGALKN DIA SELAMA2NYA UTK DIA BAHAGIA
TAPI ADAKAH DIA TAHU PENGORBANAN KITA??
HATI KATA, TAK PE, JANJI DIA BAHAGIA....

Wednesday, July 13, 2011

cinta tak harus memiliki




Pernahkan kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang meskipun kamu tahu ia tak sendiri lagi? Dan meski kamu tahu cintamu takkan berbalas, namun kamu tetap mencintainya?

Pernahkan kamu merasakan Hebatnya Cinta? tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah?
Dan aku pernah menangis kala bahagia, karena ku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja...
Dan aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya, karena sekali lagi “cinta tak harus memiliki” dan aku yakin Allah telah menyiapkan cinta yang lain untukku atau ia kan kembali di lain waktuku...

yAng menYanyaGi mu


Orang yang menyayangi kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia menyayangi kamu, yang dia tahu di matanya hanya ada kamu.


Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli, yang penting bagi dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

Orang yang menyayangi kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

Orang yang menyayangi kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang menyayangi kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

Orang yang menyayangi kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

Orang yang menyayangi kamu selalu mengingati setiap kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

Orang yang menyayangi kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam novel@buku kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu, kesukaanmu kesukaannya juga.

Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

Orang yang menyayangi kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

Orang yang menyayangi kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

Orang yang menyayangi kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari-harinya bersama mu.

Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

Orang yang menyayangi kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang menyayangi kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari, atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

Ketika orang yang menyayangi kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi

Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya.

Kerana Aku Sayang Kamu



Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu,